Saturday, August 29, 2009

FADILAT RAMADAN


Rasulullah S.A.W. bersabda, bermaksud:
1) "Apabila tiba bulan pertama Ramadan, syaitan dan jin yang jahat dibelenggu dan tertutup semua pintu neraka dan terbuka semua pintu syurga dan pada setiap malam ada seruan: "Wahai orang yang ingin baik, majulah; wahai orang yang ingin jahat, hentikanlah," Dan Allah memendekkan beberapa banyak daripada api neraka dan yang demikian itu pada setiap malam."
2) "Ramadan bulan yang diwajibkan Allah puasanya dan aku mencontohkan kepada kamu agar bangun sembahyang malam maka siapa yang berpuasa dan bersembahyang malam, benar-benar kerana iman dan mengharapkan pahala daripada Allah akan keluar daripada dosa-dosanya bagaikan keadaannya ketika dilahirkan daripada perut ibu."

No comments:

Post a Comment